JS1411: Zoomatch

ALYAS MAULANA LEO ANAK ELLA SJK CHUNG HUA SIMUNJAN

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Inovasi "Zoomatch" dibangunkan sebagai alat bantu pembelajaran interaktif bagi membantu murid mengenal dan membezakan antara haiwan bertulang belakang (vertebrata) dan haiwan tiada tulang belakang (invertebrata). Inovasi ini berteraskan pendekatan gamifikasi yang menyeronokkan melalui aktiviti padanan haiwan secara visual. Murid akan mencabar diri untuk menyusun 'piramid haiwan' di atas pelan untuk membezakan haiwan bertulang belakang dan haiwan tiada tulang belakang. Melalui konsep “padan dan susun”, aktiviti ini bukan sahaja mengukuhkan kefahaman secara visual dan kinestetik, malah turut meningkatkan daya tumpuan dan semangat kerja berkumpulan. "Zoomatch" direka khas untuk murid Tahun 4 dengan bahasa yang mudah difahami dan reka bentuk yang menarik minat. Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan inovasi ini mampu meningkatkan penguasaan konsep sains asas dengan lebih cepat dan berkesan berbanding kaedah tradisional.