YS1359: Sistem Medicine Reminder Box

Christian Wan Thomas Kolej Vokasional Miri

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.1429 | 1 Likes | 7 Views | 8 times | LS: 9.1
Like it? | Support them now!

Projek membangunkan sistem Medicine Reminder Box untuk pesakit di rumah pesakit ini merupakan suatu sistem terbenam (embedded system). Projek sistem Medicine Reminder Box ini dikawal menggunakan Arduino Uno sebagai pemprosesan utama kendalian. Tujuan projek ini dibangunkan kerana masalah yang sering dihadapi oleh pesakit di rumah kerana mudah lupa untuk memakan ubat yang sudah ditetapkan oleh doktor. Projek ini menggunakan perisian Arduino Uno untuk mengawal dan mengendalikan sistem Medicine Reminder Box. Skop projek ini dibangunkan untuk kegunaan pesakit yang sering lupa untuk makan ubat dengan adanya buzzer dan notifikasi telegram untuk mengingatkan pesakit untuk mengambil ubat. Kaedah pelaksanaan projek ini adalah dengan membina litar pendawaian, membangunkan aturcara dan seterusnya merekabentuk model prototaip. Projek in telah dianalisa menggunakan projek keberkesanan, soal selidik dan pengesahan pakar. Berdasarkan data yang diperolehi, projek ini telah berjaya mencapai objektif dan berjaya membantu pesakit serta anak-anak pesakit menyelesaikan masalah sering lupa memakan ubat pada waktu yang tepat mengikut kesesuaian yang sudah ditetapkan oleh doktor.