PR1521: WATSCO-PELAPIK MINUMAN MESRA ALAM DWIFUNGSI

NUR SARINA BINTI KHAIRRUDDIN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA ALOR GAJAH,\

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 24 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

WASTCO merupakan cetusan idea baru pelapik minuman unik berbanding dengan pelapik minuman sedia ada dipasaran. Rekaan dwifungsi dapat membantu menjimatkan ruang penyimpanan dan lebih praktikal. Justeru itu, untuk menangani permasalahan ini memerlukan pendekatan komprehensif melalui inovasi produk, kepelbagaian fungsi serta, strategi pemasaran yang berkesan. Pembangunan pelapik minuman WASTCO daripada bahan semula jadi bukan sahaja satu cara untuk mencipta peluang ekonomi tetapi juga satu cara untuk menggalakkan kemampanan alam sekitar dan pemerkasaan sumber sedia ada. Kedua-dua hampas kopi dan serbuk kayu mempunyai sifat unik yang menjadikannya sesuai untuk pengeluaran pelapik minuman. Hampas kayu yang kaya dengan lignin dan selulosa, menyumbang kepada sifat penyerap dan penebatnya, manakala serbuk kayu mempunyai struktur berserabut dan boleh bertindak sebagai pengisi penguat dalam bahan komposit. Kajian telah mencirikan sifat fizikal, dan kandungan lembapan kedua-dua bahan, menonjolkan potensinya sebagai bahan mentah untuk pengeluaran pelapik minuman.