YS804: TAKWIM DIGITAL SMKATB

AHMAD FIRAS FAYYADH BIN ABDULLAH SHARKAWI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Takwim sekolah tradisional dalam bentuk buku atau PDF mempunyai kekangan utama: bersifat statik, sukar dikemaskini secara masa nyata (real-time), dan tidak responsif terhadap keperluan harian warga sekolah. Projek ini memperkenalkan Takwim Digital SMKATB, sebuah aplikasi web interaktif yang menggabungkan pengurusan masa sekolah dengan integrasi data moden.

 
1. Dinamik & "Real-Time" (Bukan Statik)
Buku/PDF: Sekali cetak, data kaku. Jika ada pindaan tarikh, PDF menjadi tidak sah/relevan.

Takwim Ini: Segala perubahan aktiviti di Google Sheets akan dikemaskini secara serta-merta pada paparan pengguna. Data sentiasa up-to-date.

2. Automasi Pintar (Smart Automation)
Pengesan Kata Kunci: Sistem mengesan perkataan seperti "PEPERIKSAAN" dan memasukkan link jadual automatik.

Kod Warna Sistematik: Membezakan antara Cuti Umum, Mesyuarat, Peperiksaan, dan Tarikh Balik (Asrama) secara visual untuk mengelakkan kekeliruan.

3. Hubungan Kontekstual & Lokasi (GPS Integrated)
Waktu Solat Tepat: Menggunakan API JAKIM yang berubah mengikut lokasi GPS pengguna semasa. PDF tidak boleh buat ini.

Zon Automatik: Sesuai untuk murid/guru yang bercuti di luar zon sekolah; waktu solat tetap tepat berdasarkan di mana mereka berada.

4. Pengalaman Pengguna (UX) yang Superior
Interaktif: Maklumat terperinci muncul hanya apabila tarikh disentuh (Touch-to-reveal). PDF memerlukan pengguna membesarkan (zoom) teks yang kecil.

Navigasi "Swipe": Navigasi bulan menggunakan fungsi leret (swipe) yang natural seperti aplikasi premium, bukan lagi membelek helaian kertas atau skrol PDF yang panjang.

5. Aksesibiliti & Kelestarian (Paperless)
Mesra Peranti: Rekaan Glassmorphism yang dioptimumkan khas untuk telefon pintar (seperti iPhone 17 Pro Max).

Sifar Storan: Tidak perlu dimuat turun; menjimatkan ruang storan telefon dan menyokong kempen Go Green (tanpa kertas).