YS2245: NUTRIBIODEGRADASI VASE MAKER

CIK NURFITROTUL HASANAH BINTI CIK SHAHRULMUNIR SMK GERIK

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 34 Views | 13 times | LS: 13.0
Like it? | Support them now!

Abstrak

Bahan yang boleh dikitarkan semula masih dibuang begitu sahaja kerana masyarakat menganggapnya sesuatu yang leceh untuk menjadikannya bahan yang baharu. Sisa domestik juga tergolong dalam kajian ini kerana ia boleh dikitarkan menjadi baja untuk membekalkan nutrien kepada tanah dan tumbuh-tumbuhan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memanafaatkan sisa makanan dari tumbuhan dan bahan yang boleh dikitar semula seperti kotak telur untuk dijadikan kepada sesuatu yang dapat memberi faedah kepada pengguna. Walaubagaimanapun, proses untuk menjadikan produk yang baharu ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ini menjadi faktor peningkatan sisa domestik masih berlaku kerana pembuatannya yang leceh menjadikan masyarakat tidak berminat untuk menciptanya. Dengan mesin ciptaan yang diciptakan bertujuan untuk memudahkan proses pembuatan pasu biodegradasi ini, ia dapat meringkaskan dan mempercepatkan cara pembuatannya dan pengguna akan kembali untuk menggunakannya. Secara tidak langsung,ia telah membantu ke arah pembangunan bandar dan masyarakat yang mampan. Projek penyelidikan kali ini memberi fokus kepada sisa domestik dari sisa makanan. Kaedah yang telah digunakan sepanjang kajian ialah soal selidik, eksperimen dan rujukan. Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 20 orang responden yang dipilih secara rawak. Langkah pertama dimulakan dengan menghasilkan pasu biodegradasi secara konvensional. Campuran bahan hanya melibatkan bekas telur, kulit telur, tepung ubi dan air sahaja. Kaedah konvensional mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Kami mengambil alternatif menggunakan campuran lain seperti sisa makanan tumbuhan seperti kulit kentang, lobak merah, epal, kulit telur dan seumpamanya untuk menghasilkan pasu biodegradasi yang lebih bernutrisi. Sisa-sisa tersebut boleh terus dimasukkan ke dalam bekas sisa yang terdapat pada mesin. Kumpulan sisa boleh terus dikisar dan dibentuk menjadi pasu. Bekas pengumpul sisa boleh dikeluarkan dan pasu yang terbentuk boleh terus dijemur. Untuk mencantikkan pasu,kami telah mewarnakan ia dengan warna bunga telang kerana ia lebih selamat kepada alam sekitar dan untuk mengurangkan bau busuk  Kajian ini juga sebenarnya berinspirasikan dari kajian terdahulu dari pihak lain iaitu mengolah kulit telur dan bekas kotak telur  kepada pasu berbiodegradasi. Hasil menggunakan mesin rekaan kami sangat baik kerana ia dapat dihasilkan dengan cepat. Berdasarkan dapatan data dan pemerhatian, kaedah ini dapat menghasilkan pasu nutribioegradasi yang mudah hanya dari dalam rumah dengan cepat tanpa perlu mengambil banyak masa untuk menyediakannya.