ST1396: CEROBONG ASAP SERBAGUNA MUDAH ALIH MENGGUNAKAN SOLAR

MUHAMMAD HAIKAL BIN HAMIDI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Cerobong asap serbaguna / mudah alih dihasilkan bertujuan untuk membantu para peniaga untuk memasak ataupun membakar. Cerobong asap serbaguna ini adalah untuk memudahkan peniaga untuk mengurangkan asap dari tersebar.Namun tetapi tujuan utama dan sasaran produk ini adalah untuk peniaga pasar malam atau restoran restoran kecil, reka bentuk projek ini adalah inovasi dari yang sedia ada yang ada di restoran besar. Cerobong asap ini menggunakan konsep teknologi hijau seperti kemahuan pada kehendak teknologi sekarang menggunakan sumber yang bersih. Projek ini menggunakan solar untuk menngerakkan kipas untuk menyedut asap keluar melalui penapis udara dan dilepaskan pada bahagian atas. Panel solar akan disambung kepada bateri untuk mendapatkan bekalan tenaga yang mencukupi untuk memastikan kipas berfungsi dengan baik. Kipas akan bekerja untuk menyedut asap-asap yang dihasilkan semasa proses pembakaran dan akan dilepaskan ke udara bahagian atas cerobong. Asap yang melalui cerobong ini akan ditapis menggunakan penapis udara yang diletakkan didalam cerobong asap tersebut. Hasil yang didapati adalah projek cerobong asap ini berfungsi dengan baik dapat menyedut asap-asap dari pembakaran dan dilepaskan pada hujung cerobong dibahagian atas.
KREATIVITI DAN INOVASI
•Dapat membantu peniaga pasar mengurangkan pencemaran asap
•Meningkatkan jumlah pelanggan
•Dapat menjana lebih pendapatan
•Mudah untuk digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain.