ALLISTAIR CHRISTIAN BIN ALOUIS SMK PENRISSEN
Inovasi SPP Cards merupakan bahan bantu mengajar interaktif yang dibangunkan bagi membantu murid memahami Bab 6 Sains KSSM Tingkatan 4 dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Inovasi ini menggunakan kad yang mengandungi pelbagai soalan berkaitan topik Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia. Murid perlu menjawab soalan yang terdapat pada kad secara individu atau berkumpulan. Kaedah ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid melalui pendekatan belajar sambil bermain. Selain membantu mengukuhkan kefahaman konsep, inovasi ini turut meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kerjasama murid. Penggunaan bahan yang mudah disediakan serta kos penghasilan yang rendah menjadikan inovasi ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.