MUHAMMAD AKIF RIFQI BIN MUHAMMAD KHAIDIR SK SUNGAI KELAMBU
CHITOCANE ECO PAPER
1. MUHAMMAD AKIF RIFQI BIN MUHAMMAD KHAIDIR, 2. MUHAMMAD FIRAS BIN MUHAMMAD ZAKI, 3. ALISHA BINTI MOHD HARIS, 4. NUR SOFIA UMAIRAH BINTI SHAHRIZAN, 5. NUR AQILAH QAIRINA BINTI MOHD RAEZAL, 6. NURUL IZWANI BINTI OTHMAN, 7. NUR AQILAH QAIRINA BINTI MOHD RAEZAL, 8. MOHD HISHAMUDIN BIN A. KADIR
Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan ChitoCane Eco Paper, iaitu kertas biokomposit mesra alam yang diperbuat daripada hampas tebu dan kulit udang. Projek ini tercetus daripada masalah lambakan hampas tebu daripada tanaman tebu di sekolah serta sisa makanan seperti kulit udang dari kantin sekolah yang sering dibuang tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Selain itu, penghasilan kertas konvensional yang masih bergantung kepada sumber kayu turut menyumbang kepada penebangan pokok dan pencemaran alam sekitar. Keunikan produk ini terletak pada gabungan sisa pertanian dan sisa makanan dalam satu inovasi berkonsepkan zero waste, di samping menggunakan bahan semula jadi berasaskan selulosa daripada hampas tebu dan kitin daripada kulit udang. Produk yang dihasilkan mempunyai tekstur tebal dan unik, menjadikannya sesuai digunakan sebagai eco craft paper, kad mesra alam dan bahan kraftangan. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan alternatif kertas mesra alam, mengurangkan sisa organik serta meningkatkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan teknologi hijau. Metodologi kajian melibatkan proses pembersihan, perebusan, pengisaran, pencampuran pulpa dan pengeringan secara manual. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampas tebu dan kulit udang berpotensi digunakan semula dalam penghasilan produk inovasi hijau yang bernilai. Secara keseluruhannya, ChitoCane Eco Paper bukan sahaja menyokong kelestarian alam sekitar, malah mampu menjadi medium pembelajaran STEM dan inovasi lestari dalam kalangan murid serta masyarakat.
Kata kunci: Hampas tebu, kulit udang, kertas biokomposit, mesra alam, zero waste, inovasi hijau.