SITI ARIFAH BINTI AZRAN KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
Penggunaan Internet of Things (IoT) merupakan satu inovasi teknologi terkini yang semakin berkembang dalam pelbagai bidang, termasuk penyaman udara. Ini kerana ia dapat memudahkan tugas harian serta meningkatkan kecekapan kerja. Seiring dengan perkembangan teknologi ini, projek EnduraBox telah dibangunkan sebagai sebuah sistem kawalan pintar yang mengintegrasikan teknologi IoT ke dalam sebuah toolbox khas untuk menyimpan peralatan menservis penyaman udara. Projek ini direka bentuk bagi membantu juruteknik menguruskan peralatan mereka dengan lebih sistematik dan memastikan tiada peralatan yang tertinggal atau hilang selepas digunakan. EnduraBox berfungsi dengan mengesan keberadaan peralatan menggunakan gabungan mikropengawal esp32 dan sensor inframerah, di mana setiap peralatan yang diletakkan di dalam toolbox akan dikesan secara automatik. Sistem ini akan menghantar maklumat secara real-time ke telefon pintar pengguna, membolehkan mereka memantau status peralatan secara jawak jauh. Jika terdapat sebarang peralatan yang tidak berada di tempatnya selepas digunakan. Sistem akan memberikan notifikasi segera melalui aplikasi Telegram bagi memaklumkan pengguna untuk menyimpan semula peralatan tersebut. Projek ini dibangunkan berdasarkan cabaran yang sering dihadapi oleh juruteknik penyaman udara, di mana mereka kerap terlupa untuk menyimpan kembali peralatan selepas digunakan, menyebabkan kehilangan atau kerosakan peralatan yang tidak disengajakan. Dengan adanya EnduraBox, masalah ini dapat diatasi kerana juruteknik dapat mengetahui sama ada semua peralatan telah disimpan atau masih tertinggal di lokasi kerja. Selain itu, sistem ini juga dapat mengingatkan pengguna untuk mengecas power bank selepas waktu bekerja bagi memastikan sistem pemantauan dapat terus beroperasi dengan lancar. Secara keseluruhannya, projek EnduraBox bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan kerja juruteknik, malah turut memberikan kemudahan dalam pemantauan peralatan dengan lebih sistematik dan tersusun. Dengan teknologi IoT yang diterapkan, pengguna dapat menguruskan peralatan mereka dengan lebih mudah, menjadikan proses penyelenggaraan penyaman udara lebih teratur, pantas, dan cekap. Projek ini juga selaras dengan perkembangan industri 4.0 yang menekankan penggunaan teknologi pintar dalam meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kesilapan manusia dalam pengurusan peralatan kerja.