YS1392: NUCLEAR DART

LUTHFIL HYDIEY BIN ARAHIM SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inovasi “Nuclear Dart” merupakan permainan pendidikan berasaskan konsep tenaga nuklear dalam Bab 12 Sains KSSM Tingkatan 4. Permainan ini dibangunkan bagi membantu murid memahami konsep seperti tenaga nuklear, pembelahan nukleus, pelakuran nukleus, kegunaan tenaga nuklear serta kesan penggunaan bahan radioaktif secara lebih menarik dan interaktif. Murid perlu membaling dart pada sasaran tertentu dan menjawab soalan berkaitan topik tenaga nuklear untuk memperoleh markah. Kaedah ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid serta membantu mereka memahami konsep abstrak melalui pembelajaran secara bermain. Selain itu, permainan ini turut menggalakkan komunikasi, kerjasama kumpulan dan pemikiran kritis dalam kalangan murid. Inovasi ini sesuai digunakan semasa PdP, aktiviti pengukuhan dan pembelajaran abad ke-21 bagi meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains.