MUHAMMAD AMIR DARWISY BIN MUHAMMAD DAILANI KOELJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
Lampu UV Bersolar BCUV (Bugs Control Using Ultraviolet Light) dibangunkan sebagai inovasi teknologi hijau bagi mengawal serangga perosak secara mesra alam. Projek ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap racun kimia yang memberi kesan negatif kepada kesihatan, alam sekitar dan kos pertanian. Sistem ini menggunakan tenaga solar sebagai sumber utama serta lampu UV untuk menarik dan memerangkap serangga pada waktu malam. Hasil kajian menunjukkan BCUV berfungsi dengan baik, praktikal, ekonomik dan berpotensi meningkatkan hasil tanaman secara mampan. Secara keseluruhannya, pembangunan Lampu UV Bersolar BCUV membuktikan bahawa integrasi teknologi tenaga boleh diperbaharui dan sistem kawalan serangga berasaskan cahaya merupakan pendekatan efektif, selamat dan berdaya guna untuk diaplikasikan dalam sektor pertanian moden.