WAN MUHAMMAD BIN WAN MOHD RIDHWAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Kipas-Cool adalah peranti yang memastikan kelembapan sesuatu ruang kekal dalam julat yang ditetapkan. Masalah yang dihadapi adalah kipas yang berfungsi berterusan, menjurus kepada pembaziran tenaga. Peranti bertujuan agar kipas dihidupkan apabila kelembapan ruang melebihi tetapan had. Alat dan bahan yang digunakan adalah mikro pengawal Arduino, pengesan kelembapan, kipas, pengaturcaraan serta beberapa komponen elektronik yang lain. Tetapan kelembapan ruang tinggi dan rendah dijelaskan dalam pengaturcaraan dan kipas akan bermula secara automatik apabila kelembapan ruang melebihi tetapan had tinggi. Keunikan produk ini ialah ia mengelakkan pembaziran tenaga melalui sistem kawalan kelembapan udara automatik. Produk ini berpotensi tinggi di pasaran kerana ia menawarkan penyelesaian kawalan kelembapan udara yang efisien di rumah, pejabat dan industri seperti penyimpanan makanan, sektor pembuatan dan rumah hijau. Kesimpulannya, Kipas-Cool adalah inovasi yang dapat meningkatkan keselesaan dan menjimatkan tenaga elektrik.