PR830: SI GENIUS: PENDEKATAN GAMIFIKASI DALAM MEMPERKASAKAN PENGUASAAN UNIT SI DALAM KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI

Siti Noorehan Mon Kolej Matrikulasi Selangor

VIC25 | Professional

CR: 0.0345 | 1 Likes | 29 Views | 60 times | LS: 61.0
Like it? | Support them now!

SI GENIUS ialah sebuah inovasi pembelajaran digital yang dibangunkan untuk membantu pelajar matrikulasi menguasai unit Sistem Antarabangsa (SI) dalam subjek Fizik secara lebih efektif. Aplikasi berasaskan web ini menggunakan elemen permainan dan kuiz interaktif bagi menarik minat serta meningkatkan kefahaman pelajar terhadap penggunaan unit dan formula yang tepat. Melalui pendekatan yang berasaskan model ARCS-Keller, SI GENIUS berjaya menarik perhatian pelajar, membina keyakinan dan memberi kepuasan dalam proses pembelajaran. Hasil ujian pra dan pascamenunjukkan peningkatan prestasi pelajar sebanyak 16.85%, disertai penurunan masa menjawab soalan. Selain itu, pelajar turut melaporkan peningkatan minat serta penglibatan dalam pembelajaran Fizik. Inovasi ini bukan sahaja memudahkan proses ulangkaji, malah menyokong pembelajaran fleksibel dan kendiri selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Potensi perluasan penggunaan aplikasi ini juga tinggi dan sesuai diaplikasikan dalam pelbagai peringkat pendidikan sains.