MUHAMMAD HAZIQ NASRULLAH BIN NOR HARMIZI SMA MAAHAD AL-AZIZ
Inovasi Locus Dice diperkenalkan bagi menangani cabaran murid Tingkatan Tiga dalam memahami konsep asas lokus dalam Matematik. Isu utama yang dikenal pasti adalah kekeliruan terhadap definisi lokus sebagai lintasan set titik pada satah serta kesukaran murid membayangkan dan melukis lokus berdasarkan syarat tertentu. Locus Dice dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar yang interaktif menggunakan kotak terpakai, sejajar dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 12 yang menekankan pengurusan bahan buangan secara lestari. Inovasi ini mengintegrasikan pendekatan Pembelajaran STEM Bersepadu dan Engineering Design Process (EDP), yang merangkumi pembelajaran berasaskan projek, kolaboratif, dan praktikal. Pelaksanaan inovasi menunjukkan keberkesanan yang ketara, dengan 98.5% murid berjaya menjawab soalan lokus dengan tepat. Murid juga menunjukkan keupayaan untuk berkongsi ilmu dengan rakan sebaya. Inovasi ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman konsep matematik tetapi juga menyemai nilai lestari dan kemahiran abad ke-21.
Kata kunci: Lokus, bahan terpakai, pembelajaran berasaskan projek, EDP, SDG 12.