MOHAMAD IMAN SYAHMI BIN BACHOTANG SMK BUKIT GARAM II
Projek Ai Pokok ialah satu inovasi mesra alam yang direka khas untuk membantu komuniti luar bandar menghadapi isu seperti cuaca panas, pencemaran udara, dan kebakaran hutan. Pokok ini menggunakan tenaga solar untuk menghidupkan pelbagai fungsi seperti lampu automatik, sensor cuaca, pengesan asap, siren amaran, pengecas telefon, dan kipas. Projek ini membolehkan murid memahami gabungan teknologi dan keperluan masyarakat dengan cara yang kreatif, praktikal dan menyeronokkan.