YS2087: CocoPaws

NUR IZZAH BAHIYAH BINTI ROSDI SMK LABU BESAR

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 23 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi CocoPaws memperkenalkan pasir kucing berasaskan hampas kelapa dengan memanfaatkan sisa buangan. Inisiatif ini tercetus daripada dua kesedaran utama iaitu lambakan sisa hampas kelapa yang tidak dimanfaatkan serta kebergantungan tinggi pengguna terhadap pasir kucing komersial yang diperbuat daripada bahan tidak terbiodegradasi seperti bentonit dan silika. Uniknya, hampas kelapa mempunyai ciri-ciri penyerap kelembapan yang baik dan berpotensi untuk dikitar semula. Produk CocoPaws dihasilkan melalui campuran bahan semula jadi seperti hampas kelapa, serbuk kayu, serbuk arang, soda bikarbonat, dan tepung jagung. Proses pembuatannya melibatkan tiga langkah utama iaitu penyediaan bahan asas, pencampuran dan pembentukan adunan serta pengeringan. Pengujian CocoPaws telah dijalankan terhadap satu ekor kucing selama tujuh hari melalui kaedah pemerhatian. Antara aspek yang diuji termasuk penyerapan air kencing, kawalan bau, ketahanan penggunaan, dan penerimaan haiwan. Selain itu, soal selidik pengguna turut dijalankan untuk mendapatkan maklum balas mengenai prestasi produk. Hasil kajian menunjukkan bahawa CocoPaws berupaya menyerap air kencing dengan baik dan mengawal bau secara efektif. Kucing-kucing yang diuji juga tidak menunjukkan penolakan terhadap pasir ini. Dari segi impak terhadap alam sekitar, penggunaan sisa organik sebagai bahan utama menjadikan CocoPaws sebagai inovasi yang menyokong kelestarian dan mengurangkan pencemaran. Secara keseluruhan, projek ini bukan sahaja menyelesaikan isu pengurusan sisa makanan, tetapi turut memberikan pilihan ekonomi kepada pemilik haiwan peliharaan serta membuka peluang keusahawanan kepada komuniti.