YS519: P.A. PINE CLEANING AGENT

KHAYRA ZARITH BINTI KHUZAIRI SMK PUNCAK ALAM

VIC26 | Young Scientist

CR: nan | 0 Likes | 0 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

P.A PINE cleaning agent ialah penyelesaian pengurusan sisa lestari yang berpotensi dan boleh menjadikan pengurusan sisa lebih bermanfaat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis evolusi trend topik penerbitan penyelidikan berkaitan eko-enzim sepanjang dekad yang lalu, kemudian menggambarkannya dan mengenal pasti topik penyelidikan berkaitan eko-enzim yang berpotensi untuk kajian masa depan. Disebabkan penyataan masalah yang dihadapi di persekitaran sekolah. Penyiasatan dan pencarian untuk menghasilkan cleaning agent mampu milik dan berkesan yang diperbuat daripada kulit nenas yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang sering berlaku di sekolah selain pencemaran alam sekitar iaitu Gas Rumah Hijau dapat dielakkan. Kajian ini dijalankan dengan beberapa langkah mudah menggunakan air tebu untuk menghasilkan gula molase dengan campuran yang terdiri daripada  kulit nenas, air paip dan sedikit yis. Dalam kaedah tersebut, eko-enzim dihasilkan melalui proses penapaian daripada gula molase. Untuk mendapatkan bau yang manis dalam campuran, minyak nenas telah dicipta untuk menambah bau pada akhir proses. Idea inovasi iaitu “P.A. PINE CLEANING AGENT” bukan sahaja boleh digunakan sebagai cleaning agent tetapi juga boleh diubah dalam pelbagai cara yang mungkin. “P.A PINE CLEANING AGENT ” juga bagus untuk mereka yang mempunyai ekzema dan asma. Untuk cadangan dan kerjasama akan datang, perancangan kerjasama dengan penjual atau rakan usaha sama yang menjual nenas akan dibuat. Kajian ini menyimpulkan, "P.A PINE CLEANING AGENT" sesuai untuk mereka yang menghidap ekzema dan asma. Ia membantu mengurangkan sisa organik iaitu  kulit nanas dan memberi penyelesaian dalam penyataan masalah yang dihadapi di persekitaran sekolah.