MUHAMMAD ADAN REEZQ BIN ABDULLAH SMK BAGAN TERAP
Projek Smart Aquaponic sebagai satu sistem pertanian moden yang menggabungkan akuakultur dan hidroponik dalam satu kitaran tertutup. Persoalan kajian tertumpu kepada keberkesanan sistem akuaponik dalam menjimatkan penggunaan air, meningkatkan penghasilan makanan yang berkualiti serta mengaplikasikan teknologi Internet of Things (IoT) dan tenaga solar dalam pertanian pintar. Hipotesis kajian ini ialah penggunaan sistem akuaponik berteknologi IoT mampu meningkatkan kecekapan pengurusan pertanian, mengurangkan kos operasi dan menyokong amalan pertanian lestari. Metodologi kajian yang digunakan melibatkan pemerhatian, eksperimen, pengujian sistem dan temu bual terhadap 30 orang responden terdiri daripada murid, guru dan pengunjung yang hadir ke sekolah. Proses kajian merangkumi perancangan projek, pembinaan sistem, pengujian kualiti air, pengujian sistem saliran dan penyambungan elektrik serta penilaian keberkesanan projek. Hasil analisis menunjukkan sistem ini berjaya berfungsi dengan baik apabila parameter kualiti air seperti suhu, pH, ammonia dan nitrat berada dalam julat optimum. Selain itu, penggunaan sistem IoT seperti pemberian makanan ikan automatik, pam air, CCTV dan panel solar membantu meningkatkan kecekapan pemantauan dan penyelenggaraan sistem. Selain itu, gabungan inovasi perangkap serangga menambahkan lagi nilai produk ini. Hasil temubual yang dilaksanakan terhadap guru dan murid di sekolah menunjukkan maklum balas positif terhadap inovasi ini. Kesimpulannya, projek Smart Aquaponic berjaya mencapai objektif kajian serta berpotensi menjadi alternatif pertanian moden yang mesra alam, lestari dan berteknologi tinggi.