NUR FATEHAH NAJIHA BT HASHIM SMK GOMBAK SETIA
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
Nota menarik mengenai peralatan perlindungan diri (PPD) dalam Sains Tingkatan Empat dibangunkan bagi meningkatkan kefahaman murid tentang jenis PPD dan fungsinya dalam aktiviti makmal. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan untuk menilai kejelasan, ketepatan dan keberkesanan penyampaian maklumat berkaitan keselamatan makmal. Nota yang dihasilkan merangkumi fungsi alat seperti gogal, sarung tangan, kot makmal dan pelindung muka serta kepentingannya dalam mencegah kecederaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan visual dan infografik dapat membantu murid memahami PPD dengan lebih mudah. Secara keseluruhan, pembangunan nota ini berpotensi meningkatkan budaya keselamatan dalam kalangan murid.