ST764: E-KOMIK KARANGAN

SAYATI BINTI SIDEN KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

Ramai pelajar menghadapi kesukaran dalam penulisan karangan, khususnya dalam menjana idea, membina ayat yang gramatis dan menyusun isi secara tersusun. Kaedah pengajaran konvensional kadangkala kurang menarik dan tidak membantu pelajar memahami dengan berkesan. Kajian ini meneliti keberkesanan penggunaan e-komik sebagai alat bantu interaktif dalam pengajaran karangan Bahagian A. Pelajar terlibat dalam proses penghasilan e-komik yang merangkumi perancangan papan cerita (storyboard), penulisan skrip, rakaman suara, dan penyuntingan visual menggunakan  aplikasi seperti Canva dan CapCut. Kaedah ini membolehkan pelajar memahami struktur karangan melalui pendekatan visual dan naratif yang menarik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan e-komik dapat meningkatkan motivasi, kefahaman dan kemahiran pelajar dalam menulis karangan. Pelajar juga lebih yakin dan kreatif dalam menghasilkan penulisan apabila mereka terlibat secara aktif dalam setiap peringkat penghasilan e-komik. Kajian mencadangkan agar penggunaan e-komik diperluaskan sebagai pendekatan alternatif dalam pengajaran penulisan untuk meningkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh.