JS2052: PENCUCI MUKA SIRIH CINA

SOFIYYA BINTI AHMAD RIFAIE SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Lambakan produk pencuci muka komersial yang mengandungi bahan kimia kuat sering menyebabkan masalah kulit kering, pedih, dan berjerawat. Projek ini bertujuan menghasilkan sabun pencuci muka organik berasaskan tumbuhan tempatan, iaitu sirih cina atau ketumpang air (Peperomia pellucida), yang tumbuh meliar dan kaya dengan khasiat. Hasil kajian menunjukkan produk akhir berwarna hijau muda, menghasilkan buih yang lembut, memberikan sensasi sejuk, serta membersihkan kulit tanpa mengeringkannya. Inovasi mesra alam ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 3, 12, & 15) dan mempunyai nilai komersial tinggi kerana trend pasaran kini yang mengutamakan produk semula jadi berharga patutan.