YS1729: EcoVea Mist

NUR AISYAH SUFIA BINTI HAMIZAN KV DATO UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

EcoVea Mist

Norhazidahni Zamani, Nur Aisyah Sufia Hamizan, Nur Qairina Faqihah Mohd Norsarlizamri, dan Nurul Qurratu'aini Zairul Nizam

 

 

Kosmetologi.kvdhums@gmail .com

Program Kosmetologi, Jabatan Hospitaliti, Kolej Vokasional Dato Undang Haji Muhammad Sharip

 

 

Abstrak

 

Produk pembersihan kuku merupakan medium inovatif yang digunakan dalam perkhidmatan manicure dan pedicure bagi memastikan kuku kekal bersih, sihat, dan bersinar. EcoVea Mist dirumus khas untuk menghapuskan kotoran, sisa minyak, dan sel kulit mati pada permukaan kuku serta sekeliling kutikel, sekali gus menyediakan kuku yang optimum sebelum aplikasi pewarna atau rawatan lanjutan dilakukan. Inovasi ini menggunakan formula 100% bahan semula jadi seperti ekstrak lemon, aloe vera, dan minyak jojoba yang terkenal dengan sifat antibakteria serta antikulat. Kelebihan utama EcoVea Mist adalah keupayaannya membersih dengan lembut tanpa merosakkan lapisan keratin kuku atau mengeringkan kulit. Produk ini juga diformulasi dengan tahap pH 4.88 yang seimbang dan selamat untuk semua peringkat umur serta jenis kulit, di samping menawarkan aroma terapi semula jadi yang menyegarkan. EcoVea Mist telah diuji secara praktikal oleh pelajar, pensyarah Program Kosmetologi Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhammad Sharip, dan pelanggan industri semasa sesi amali. Hasil maklum balas menunjukkan tahap penerimaan yang sangat tinggi dari aspek keberkesanan pembersihan dan keselesaan. Dengan proses pembuatan yang singkat, bebas bahan kimia berbahaya, dan kos yang efektif, EcoVea Mist mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan secara meluas serta mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam industri kosmetologi.

 

Kata Kunci: EcoVea Mist, Pembersihan Kuku, Manicure & Pedicure, Bahan Semula Jadi, pH Seimbang.