PR1845: PENGGUNAAN KIT 2T UNTUK MENENTUKAN KELAYAKAN LANTIKAN PANEL PENUJI UJIAN PENILAIAN DERIA DAN UJIAN SENSORI BAGI PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN

Ts. Mohd Rosnizam Bin Mohd Yusoff KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana penggunaan Kit Triangle Test atau Kit 2T dapat menentukan menentukan kelayakan lantikan calon panel ujian penilaian deria dan sensori dalam pembangunan produk makanan. Kajian tertumpu kepada mengatasi masalah panel yang tidak menepati kriteria dan kelayakan dalam menilai rasa melalui ujian sensori dan ujian penilaian deria. Kit 2T ini mengandungi 3 bahan utama iaitu serbuk kopi Arabica, serbuk kopi Robusta dan gula sukrosa. Kit ini juga disertakan dengan peralatan menyediakan bancuhan kopi, bekas pengujian serbuk, tabung uji dan kapas. Penggunaan Kit ini akan dapat membantu menguji tahap kepekaan deria calon panel penguji ujian sensori melalui 3 sampel yang disediakan terdiri dari 2 sampel bahan yang sama dan 1 sampel bahan berlainan.

Hasil dapatan kajian ini mendapati daripada 30 orang calon yang diuji hanya 18 orang sahaja yang berjaya memenuhi kriteria pemarkahan yang ditetapkan. Keadaan ini menunjukkan hanya 60% calon sahaja yang layak untuk menilai ujian sensori. Penilaian Ujian Sensori menggunakan calon yang tidak kompeten akan memberikan impak data yang tidak tepat dan mengelirukan. Hal ini berlaku disebabkan calon panel tidak mempunyai kepekaan deria rasa, bau dan warna.