Putri Sofiana Binti Syupa'at SMK GOMBAK SETIA
Mathematical Gaming Site ialah inovasi permainan pendidikan yang dibangunkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar Tingkatan 3 dalam subjek Matematik, khususnya bagi Bab 1: Indeks dan Bab 3: Matematik Pengguna dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Inovasi ini diwujudkan kerana pembelajaran Matematik sering dianggap sukar dan membosankan oleh pelajar. Oleh itu, elemen permainan berkonsepkan kasino diaplikasikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, menarik dan menyeronokkan.Inovasi ini mengandungi dua stesen utama iaitu Casino Math Slot dan Math’s Black Jack. Casino Math Slot memfokuskan topik indeks, di mana hos akan memutarkan slot dan pelajar perlu menghentikannya sebelum menyelesaikan soalan yang dipaparkan. Math’s Black Jack pula memfokuskan topik Matematik Pengguna, di mana pemain perlu memadankan tiga kad soalan yang diterima dengan jawapan yang betul.Objektif inovasi ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran aktif, meningkatkan minat pelajar serta mengukuhkan penguasaan konsep Matematik melalui aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan dalam kefahaman, penglibatan aktif, motivasi dan keyakinan pelajar terhadap pembelajaran Matematik. Kesimpulannya, Mathematical Gaming Site merupakan alat bantu mengajar yang kreatif, interaktif dan berkesan dalam PdP Matematik Tingkatan 3.