AISYA SUMMAYYAH BINTI MUHAMMAD FAIZAL SMK SERI KOTA PALOH
Projek Water Fountain Without Electricity ialah inovasi mudah yang menghasilkan pancutan air tanpa menggunakan tenaga elektrik dengan mengaplikasikan konsep tekanan udara dan graviti. Projek ini dibina menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik dan tiub, serta sesuai dijadikan aktiviti STEM kerana menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Selain meningkatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah, projek ini juga memberi kesedaran tentang teknologi mesra alam. Hasil projek menunjukkan bahawa air dapat dipancutkan secara berterusan melalui sistem tekanan udara dalam bekas tertutup tanpa memerlukan sumber kuasa elektrik.