NURUL RAIHANA HARIZAH BINTI HARIS SMK BUKIT GARAM II
Projek AquaSafe: Smart Detection System for Night River Navigation dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan navigasi bot semasa lawatan malam di kawasan sungai. Keadaan gelap menyukarkan pemandu bot mengesan halangan seperti haiwan liar, kayu terapung atau objek lain yang boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu, sistem ini menggunakan mikropengawal Arduino Uno R3 yang disambungkan dengan HC-SR04 Ultrasonic Distance Sensor untuk mengesan jarak objek di hadapan bot secara masa nyata. Apabila objek dikesan pada jarak berbahaya, sistem akan mengaktifkan LED dan buzzer sebagai amaran awal kepada pemandu. Data jarak juga dihantar ke komputer riba dan dipaparkan dalam bentuk radar menggunakan perisian Processing (programming language) bagi memudahkan pemantauan visual. Sistem ini direka dengan kos rendah, mudah dipasang, dan sesuai digunakan di kawasan sungai bagi membantu pemandu bot membuat keputusan dengan lebih cepat serta meningkatkan keselamatan pelancongan malam.