Muhammad Dhani Bin Arsid SMK Gombak Setia
Math Rail ialah aplikasi kuiz Matematik interaktif yang dibangunkan bagi mengatasi masalah murid yang mudah bosan dan kurang bermotivasi semasa menjalani latihan Matematik secara konvensional. Inovasi ini menggabungkan teknologi pengaturcaraan dan kecerdasan buatan (AI) untuk menjana soalan secara dinamik mengikut tahap keupayaan pengguna. Keunikan Math Rail terletak pada elemen gamifikasi melalui sistem ganjaran coin yang membolehkan pengguna menyesuaikan reka bentuk dan warna kereta api maya mereka. Pendekatan ini meningkatkan keterlibatan, motivasi dan pengalaman pembelajaran murid. Hasil ujian awal menunjukkan peningkatan dalam penglibatan serta kefahaman konsep Matematik. Math Rail berpotensi menjadi platform pembelajaran digital yang menyeronokkan, interaktif dan berkesan untuk murid sekolah rendah dan menengah.