MUHAMMAD THAQEEF RAFFA BIN MUHAMMAD MUNIR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT
FlaxGlow Gel merupakan gel rambut semula jadi berasaskan biji rumi sebagai alternatif kepada produk penggayaan rambut komersial yang mengandungi bahan kimia sintetik. Biji rumi dipilih kerana kandungan polisakarida semula jadinya yang berpotensi menghasilkan tekstur likat dan sesuai sebagai agen pemekat semula jadi. Objektif kajian ini adalah untuk mengekstrak lendir daripada biji rumi, memformulasikan gel rambut yang stabil, serta menilai keberkesanan dari segi pegangan gaya, kestabilan, keselamatan, dan penerimaan pengguna.
Kaedah kajian melibatkan proses rendaman dan pemanasan biji rumi untuk mendapatkan ekstrak lendir, diikuti dengan penapisan serta pencampuran bahan tambahan semula jadi seperti minyak kelapa dara dan pewangi. Ujian fizikal dijalankan bagi menilai kelikatan, tahap pH, jangka hayat penyimpanan, dan daya pegangan rambut. Ujian sensori turut dijalankan bagi mendapatkan maklum balas pengguna terhadap tekstur, bau, dan keberkesanan produk.
Hasil kajian menunjukkan bahawa gel rambut berasaskan biji rumi mempunyai tekstur yang sesuai, selamat digunakan, serta mampu memberikan pegangan sederhana tanpa kesan melekit berlebihan. Projek ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu United Nations melalui SDG 3 Good Health and Well-being, SDG 9 Industry, Innovation and Infrastructure, dan SDG 12 Responsible Consumption and Production, dengan mempromosikan penggunaan bahan semula jadi, inovasi produk tempatan, serta amalan pengeluaran yang lebih mesra alam. Produk ini berpotensi dikomersialkan sebagai alternatif lestari dan selamat dalam industri penjagaan diri.
Kata Kunci
Gel rambut semula jadi, biji rumi, inovasi produk, polisakarida, produk lestari, penjagaan rambut, formulasi kosmetik, Sustainable Development Goals (SDG), mesra alam