SS2462: BUKU CERITA DIGITAL: HARIMAU YANG BAIK

NUR AINA SOLEHAH BINTI KHAIRI SALAM Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn

Harimau Yang Baik ialah sebuah buku cerita digital interaktif yang dibangunkan bagi menyokong penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. Cerita ini disampaikan secara menarik melalui gabungan ilustrasi realistik yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), yang memenuhi keperluan pembelajaran visual serta membantu murid memahami mesej cerita dengan lebih mendalam. Elemen Realiti Terimbuh (AR) dimasukkan untuk mewujudkan pengalaman membaca yang lebih imersif dan interaktif, manakala audio penceritaan disediakan melalui kod QR bagi menyokong murid dengan gaya pembelajaran auditori dan membantu meningkatkan kemahiran mendengar. Kuiz interaktif berasaskan cerita turut diintegrasikan melalui kod QR sebagai latihan kosa kata dan pemahaman. Projek ini menggunakan platform digital percuma seperti Canva dan Genially, menjadikan ia mudah diakses dan dikongsi. Inovasi ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pembelajaran Bahasa Melayu, malah menyokong pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 melalui penerapan teknologi, kreativiti, dan capaian inklusif.