YS503: VeraBites

SITI NURDAMIA FARZANAH BINTI MOHAMMAD ZUNAIDI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTOSA

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 24 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini mencadangkan penghasilan snek agar-agar kering berasaskan aloe vera yang lebih sihat, menggunakan pewarna dan pemanis semula jadi. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan nilai pemakanan dan mengurangkan pembaziran sumber, tetapi juga menyokong kelestarian alam dan memelihara warisan makanan tradisional. Makanan ringan yang tersedia di pasaran sering mengandungi bahan tiruan dan gula yang tinggi, manakala pilihan snek sihat masih terhad. Aloe vera, yang kaya dengan serat dan antioksidan, mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti membantu penghadaman, meningkatkan imuniti, dan menyokong kesihatan kulit. Namun, penggunaannya dalam snek kering masih jarang diterokai. Selain itu, snek tradisional semakin dilupakan akibat kurangnya inovasi.