KALAIYARASAN A/L KANNAN SJKT KG JEBONG LAMA
Masalah pencerobohan monyet di kawasan sekolah semakin membimbangkan kerana menjejaskan keselamatan warga sekolah, mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran serta menyebabkan kerosakan dan kehilangan aset. Ketiadaan sistem amaran awal menjadikan pihak sekolah hanya bertindak selepas berlakunya gangguan atau insiden yang tidak diingini. Bagi menangani isu ini, satu model sistem penggera automatik telah dibangunkan menggunakan micro:bit dan pengaturcaraan Microsoft MakeCode. Sistem ini direka untuk mengesan kehadiran monyet secara automatik dan memberikan amaran segera melalui isyarat tertentu. Dengan adanya sistem ini, pihak sekolah dapat mengambil tindakan pencegahan dengan lebih awal dan berkesan sebelum situasi menjadi lebih serius. Pelaksanaan inovasi ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap keselamatan warga sekolah, malah mengurangkan risiko kerosakan harta benda serta memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Secara keseluruhannya, projek ini menunjukkan potensi sebagai satu penyelesaian praktikal, kos efektif dan mudah dilaksanakan dalam menangani masalah pencerobohan haiwan liar di sekolah.