JS1108: MODEL POKOK GESERAN

MUHAMMAD AARON AIQIELL BIN AB AZIZ SK PENGHULU SALLEH

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Model pokok geseran ini menunjukkan bagaimana daya geseran mempengaruhi pergerakan objek melalui permainan monyet memanjat pokok. Dalam aktiviti ini, dua ekor monyet digerakkan dengan menarik tali ke atas. Namun, monyet B  dapat bergerak lebih cepat kerana di bahagian belakangnya dipasang dua batang penyedut minuman secara menegak yang menghasilkan geseran yang lebih kecil apabila bersentuhan dengan tali. Sebaliknya, monyet A mempunyai penyedut minuman yang dipasang secara condong atau selari sehingga menghasilkan geseran yang lebih besar, menyebabkan pergerakannya menjadi lebih perlahan. Projek ini membantu murid memahami bahawa semakin kecil daya geseran, semakin mudah sesuatu objek bergerak, manakala geseran yang besar akan melambatkan pergerakan objek.