YS1442: ENERGY SUBSTANCE MODEL

IVANOVICH SABAN ANAK HENRY SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Energy Substance Model merupakan inovasi bahan bantu mengajar (BBM) yang dibangunkan bagi membantu murid memahami konsep sektor tenaga dalam topik Teknologi Hijau bagi Bab 4 KSSM Sains Tingkatan 4. Model ini direka dalam bentuk visual dan interaktif untuk menerangkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, penjimatan tenaga dan kepentingan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Penggunaan model ini membantu murid memahami aliran tenaga serta hubungan antara teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar dengan lebih jelas dan mudah. Inovasi ini turut meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Sains melalui pendekatan pembelajaran hands-on dan interaktif. Selain itu, model ini sesuai digunakan semasa aktiviti PdP, pembelajaran koperatif dan pameran STEM bagi meningkatkan kefahaman murid secara menyeluruh terhadap sektor tenaga dan teknologi hijau.