NURNISA SAFRA BINTI MOHD TARIKAT KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
JEM BERASASKAN BUNGA KANTAN
Nur Shakira Anisah S.¹, Nurnisa Safra M.T², dan Nur Fatin Najiha M.Z.³
Kolej Vokasional (ERT) Azizah
ABSTRAK
Jem bunga kantan adalah produk inovatif yang menggabungkan rasa unik dan khasiat semula jadi bunga kantan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi penghasilan jem bunga kantan sebagai satu produk makanan kaya dengan antioksidan dan zat gizi. Melalui kaedah pemprosesan yang sesuai, jem ini mampu mengekalkan aroma dan rasa bunga kantan yang khas. Selain itu, penelitian juga memberi tumpuan kepada penerimaan pasaran dan kemungkinan pemasarannya sebagai produk inovatif dalam industri makanan. Tambahan pula, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan jem sayuran berasaskan bunga kantan dalam masyarakat TamanPulai Jaya, Negeri Johor. Pengkaji menggunakan kaedah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang terdiri daripada masyarakat Taman Pulai Jaya, Negeri Johor. Data dianalisis menggunakan isitem pengiraan purata minimum berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Hasil analisis data menunjukkan responden bersetuju dan menerima terhadapan penghasilan jem sayuran berasaskan bunga kantan dan menyatakan produk ini boleh dipasarkan dan dikomersialkan pada masa akan datang. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa jem bunga kantan bukan sahaja memberikan pilihan baru kepada pengguna, tetapi juga memanfaatkan sumber tumbuhan tempatan yang sering terabaikan. Ini membuka peluang bagi pengusaha tempatan untuk meningkatkan ekonomi dan mempromosikan produk asli negara.