HIKMAHTUL NAJWA BINTI HAKIM SMK TITINGAN TAWAU
Penjanaan tenaga elektrik global menggunakan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui daripada bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan diesel. Sumber tenaga ini lama kelamaan akan habis digunakan kerana ia adalah terhad. Oleh sebab itu penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui adalah lebih baik kerana tidak akan habis dan tidak mencemarkan alam sekitar. Oleh yang demikian penjana tenaga boleh diperbaharui menggunakan bahan piezoelektrik dibina hasil dari penukaran bentuk tenaga daripada mekanikal kepada elektrikal. Bahan piezoelektrik dipasang pelapik kasut menghasilkan voltan yang dapat mengecas bateri boleh cas kerana melebihi nilai daya gerak elektrik (d.g.e) iaitu 1.5V. Bateri yang telah di cas dapat digunakan sebagai bekalan kuasa kepada alat Sistem Global Untuk Komunikasi (Global system for communication). Alat ini digunakan sebagai langkah keselamatan sekiranya telefon pintar pengguna tidak dapat digunakan semasa kecemasan berlaku.