PR2079: KIT SIFU SIFIR

VASUGEE A/P MANICKAM SJKT LADANG JENDARATA BAHAGIAN 3

VIC26 | Professional

CR: nan | 0 Likes | 0 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

 

Projek ini dilaksanakan untuk meningkatkan minat murid tahun 2 & 3 dalam mempelajari operasi Darab  dengan menggunakan “Kit Sifu Sifir”  Fokus kajian ialah penggunaan Modal Kit Darab iaitu “Kit Sifu Sifir” bagi murid-murid yang bermasalah dan yang tidak meminati operasi darab. Kit ini dilengkapi dengan dua set permainan iaitu, ‘Board Game’ dan ‘Fun Box’. Projek ini melibatkan murid Tahun 2 & 3 yang langsung tidak faham kemahiran asas darab  di SJKT Ladang Jendarata Bahagian 3. Pemerhatian telah dijalankan ke atas buku latihan murid dan juga Keputusan Modul Komprehensif Matematik  dimana majoriti murid Tahun 2 & 3 hanya mencapai TP 2-3 dalam Matapelajaran Matematik. Instrumen penilai yang digunakan dalam projek ini merangkumi satu set soalan darab  dua digit. Hasil projek dapat menunjukkan beberapa punca kesilapan yang ada pada murid yang lemah terutama kegagalan murid menghafal sifir 1 hingga 12. Selain itu, murid tidak faham mengenai fakta asas, darab adalah penambahan berulang. Projek inovasi ini, dimulakan dengan menghafal sifir dua, tiga, empat, lima dan 10 terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan sifir enam, tujuh, lapan dan Sembilan. Intervensi dijalankan selama beberapa kali semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil projek inovasi ini, menunjukkan peningkatan minat murid dalam mempelajari asas darab. Penggunakan “Kit Sifu Sifir” ini sungguh memberangsangkan. Matlamat kami adalah memastikan murid Tahap 1 menguasai sifir 1 hingga 12 sebelum melangkah ke Tahap 2. Kuasai Sifir sebab ia jantung Matematik.

 

 

our Abstract Here!