YS960: SUKUNLICIOUS NUGGET

Nur Syahafifiey Binti Mazwan SMK SULTAN MANSOR

SUKUNLICIOUS NUGGET

 

Noor Ain binti Salleh 1

Meriam binti Ibrahim2

Nur Syahafifiey binti Mazwan3

Nur Dania Arifah binti Mohd Azri4

Anieza binti Mohd Mauzuki5

Muhammad Zul Syahmi bin Mohd Zul Afendy6

Muhammad Zakwan Safiuddin bin Zukipeli7

 

 

1 SMK SULTAN MANSOR

 

noorainsalleh9@gmail.com

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan bagi membangunkan produk inovasi Sukunlicious Nugget Berasaskan Tepung Sukun sebagai medium sokongan dalam PdP pelajar PVMA Penyediaan dan Penghasilan Makanan. Produk ini berkonsepkan From Underutilised Crop to Future Food dengan memanfaatkan buah sukun yang kurang dikomersialkan kepada produk makanan moden bernilai tambah dan berpotensi pasaran. Sukun diproses menjadi tepung halus sebelum digunakan sebagai alternatif kepada tepung gandum dalam penghasilan nugget. Inovasi ini selaras dengan kandungan pembelajaran CU03 Cooking Method yang menekankan kaedah memasak, penghasilan produk kreatif dan keusahawanan makanan. Seramai 30 orang pelajar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu dipilih sebagai responden kajian melalui soal selidik Google Form dan penilaian sensori produk. Dapatan kajian menunjukkan 88% responden menyukai tekstur, 85% berpuas hati dengan rasa, 90% bersetuju produk ini lebih unik berbanding nugget biasa, manakala 87% bersedia membeli semula. Secara keseluruhannya, Sukunlicious Nugget diterima baik oleh responden serta berpotensi dikomersialkan sebagai produk makanan sejuk beku di samping menyokong penggunaan tanaman tempatan dan pembelajaran berasaskan inovasi selaras dengan aspirasi TVET                                    

                                  Keywords: Sukunlicious Nugget