YS419: SUN N SHINE : STRUKTUR MATAHARI

Qareesa Irdina Binti Mohd Jamal SMK GOMBAK SETIA

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0909 | 2 Likes | 22 Views | 19 times | LS: 21.2
Like it? | Support them now!

Sun&Shine merupakan suatu replika matahari yang direka khas untuk membantu murid memahami dan membezakan struktur matahari dengan mudah dan pantas. Replika ini memaparkan sebuah matahari bulat yang telah dikeluarkan satu daripada empat bahagiannya untuk memaparkan empat daripada enam struktur matahari iaitu Teras, Zon Radiasi, Zon Perolakan dan Fotosfera. Setiap bahagian dibezakan dengan warna bagi memudahkan murid. Bagi menarik minat, murid boleh membuka suis lampu LED di bahagian belakang matahari agar replika kelihatan lebih realistik. Selain itu, murid juga boleh melihat kedudukan struktur dan membaca penerangan untuk setiap struktur dengan perbezaan warna pada setiap struktur dan penerangan iaitu putih untuk teras, kuning untuk zon radiasi, jingga untuk zon perolakan dan merah iaitu permukaan atas replika untuk fotosfera. Berbeza dengan kaedah konvensional seperti penggunaan gambar dua dimensi dalam buku teks, Sun&Shine memberikan pengalaman pembelajaran tiga dimensi yang lebih interaktif dan imersif. Dalam ujian awal, murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap replika ini, melaporkan bahawa ia membantu mereka memahami struktur matahari dengan lebih baik. Tambahan pula, aktiviti seperti kuiz, penerangan kumpulan, atau perbincangan interaktif boleh dijalankan menggunakan replika ini untuk memperkukuh pembelajaran. Replika ini sesuai digunakan oleh murid tingkatan 3 untuk subjek Sains. Inovasi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kefahaman murid tetapi juga menghidupkan suasana pembelajaran di dalam kelas.