JS2148: Smart Path Tambah

Nur Raisya Binti Mohd Fahmi SK Seri Jaya

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan konsep tambah dalam kalangan murid yang menghadapi kesukaran memahami operasi tambah secara konseptual. Tinjauan awal melalui pemerhatian dan ujian diagnostik menunjukkan bahawa murid cenderung menghafal jawapan tanpa memahami proses penggabungan nombor, sekali gus menjejaskan prestasi dan keyakinan mereka dalam Matematik. Bagi mengatasi masalah ini, satu inovasi berbentuk Alat Bantu Visual Manipulatif Kadbod telah dibangunkan menggunakan bahan kitar semula yang mudah diperoleh dan berkos rendah. Alat ini membolehkan murid menggerakkan penanda secara interaktif untuk meneroka hubungan antara nombor dan hasil tambah secara konkrit. Pelaksanaan inovasi ini telah meningkatkan penglibatan aktif murid, minat terhadap pembelajaran Matematik serta kefahaman mereka terhadap konsep tambah. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian dan tahap keyakinan murid selepas penggunaan alat bantu tersebut. Selain mudah digunakan, inovasi ini juga mempunyai potensi untuk diperluaskan kepada operasi matematik lain seperti tolak serta diaplikasikan dalam kelas pemulihan, prasekolah dan pendidikan inklusif. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan bahan manipulatif yang interaktif dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik secara signifikan.