YS231: Wire Sure

Muhammad Hanifam Bin Hicham @ Hisham KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.1463 | 6 Likes | 41 Views | 6 times | LS: 12.9
Like it? | Support them now!

Dalam bidang pendidikan vokasional serta industri penyelenggaraan elektrik, penggunaan kabel merupakan komponen asas dalam operasi harian. Namun begitu, kerosakan kabel sering berlaku tanpa disedari, menyebabkan peralatan gagal berfungsi. Keadaan ini sering mengakibatkan salah diagnosis, pembaziran masa, serta kos penyelenggaraan yang tinggi kerana peralatan disalah anggap rosak sedangkan punca sebenar ialah kabel yang bermasalah. Kaedah sedia ada untuk menguji kabel lazimnya menggunakan multimeter atau test pen, yang memerlukan kemahiran teknikal, mengambil masa dan dalam sesetengah situasi boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna. Sehubungan itu, Wire Sure dibangunkan sebagai satu solusi praktikal dan selamat untuk menguji kabel dengan lebih cepat dan tepat. Wire Sure ialah alat penguji kabel mudah alih yang direka khas untuk menguji pelbagai jenis kabel. Alat ini menggunakan sistem penunjuk LED dan buzzer bagi memberikan maklum balas visual dan audio yang jelas kepada pengguna tanpa memerlukan bacaan teknikal yang rumit. Reka bentuknya yang ringkas dan mudah digunakan menjadikan Wire Sure sesuai untuk pelajar, pensyarah, juruteknik serta pengguna industri kecil.Pelaksanaan Wire Sure dalam sesi amali dan kerja penyelenggaraan menunjukkan peningkatan keberkesanan dari segi penjimatan masa, ketepatan pengesanan kerosakan, serta tahap keselamatan pengguna. Selain itu, inovasi ini turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan pembaziran kabel dan peralatan elektrik melalui amalan penyelenggaraan yang lebih sistematik. Wire Sure juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab). Secara keseluruhannya, Wire Sure berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk kos rendah yang memberi impak positif kepada pendidikan, industri dan masyarakat.