NUR KHADIJAH AINSYAH BINTI MOHAMAD SMK KUALA NERANG
Penghasilan produk inovasi penjagaan kulit , ‘McSKiN Cream’ yang bertemakan ‘Be Healthy , Love and Live Well menggunakan kulit tembikai adalah cetusan idea apabila kami melihat banyak sisa kulit tembikai terbuang . Kajian projek ini juga membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kulit kering dan sensitif serta menggalakkan pembelajaran berasaskan projek untuk menjana pemikiran saintifik di kalangan pelajar dalam memberi idea, merancang, melaksanakan eksperimen serta penyelesaian masalah untuk menghasilkan produk yang bermanfaat kepada masyarakat.Hasil perbincangan , janaan idea dan rujukan , kami berjaya menghasilkan produk inovasi tersebut untuk penjagaan kesihatan kulit yang menggunakan kulit tembikai serta bahan-bahan lain yang bermanfaat kepada kulit. Penghasilan produk McSKin dilaksanakan di Makmal sains sekolah serta khidmat nasihat dan kolaborasi dengan Ruza Resources Manufacturing, Kulim Kedah untuk menjamin kualiti produk yang dihasilkan.Metodologi projek kajian awal menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan menggunakan kaedah dokumentasi dalam proses pengumpulan maklumat. Melalui kaedah ini, kami mengumpul maklumat melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah seperti kajian literatur, kertas kerja, buku-buku, buletin dan akhbar. Borang soal selidik dalam bentuk Google Form telah dikemukakan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada 15 orang guru dan 15 orang pelajar tentang kesesuaian penggunaan kulit tembikai sebagai bahan penghasilan produk penjagaan kulit , McSKiN Cream melalui ujian pra dan pasca sebagai kajian kuantitatif. Hasil analisis daripada kajian tersebut , 80 % responden menyatakan kulit tembikai dapat memberi manfaat kepada kesihatan kulit dan mempunyai berpotensi kebolehpasaran.