Nur Insyirah Zahra Binti Abd Rasyid SMK SANDAKAN
Pintu Sebelah merupakan inovasi yang dijalankan untuk memahami konsep cukai pintu serta kepentingannya dalam kehidupan masyarakat. Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemilik rumah atau bangunan bagi membiayai kemudahan awam seperti penyelenggaraan jalan, kutipan sampah dan lampu jalan. Melalui projek ini, kami telah menghasilkan nota digital dan lakonan ringkas bagi menerangkan maksud cukai pintu, tujuan pelaksanaannya, cara pengiraan serta kepentingannya kepada kesejahteraan masyarakat. Selain itu, projek ini turut menunjukkan contoh pengiraan cukai pintu berdasarkan nilai tahunan dan kadar cukai yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa pembayaran cukai pintu merupakan tanggungjawab penting setiap pemilik hartanah kerana hasil kutipan tersebut digunakan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan awam. Secara keseluruhannya, projek ini membantu meningkatkan pemahaman tentang cukai pintu serta menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjelaskan cukai demi kesejahteraan bersama.