YS1520: ECOCLUMP

AHMAD ARMAN DHANI BIN MOHAMAD YUSRI SMK DATO' PENGGAWA BARAT

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

EcoClump ialah bahan penyerap mesra alam yang direka untuk mengurus minyak masak terpakai sebelum dilupuskan. Inovasi ini dibangunkan bagi mengatasi masalah pembuangan minyak ke dalam sinki yang boleh menyebabkan saluran tersumbat dan pencemaran air. Projek ini bertujuan menukarkan minyak terpakai kepada bentuk pepejal yang mudah dibuang serta mengurangkan pencemaran alam sekitar. Metodologi melibatkan pemilihan bahan penyerap berasaskan tofu, proses rawatan dan ujian keberkesanan terhadap pelbagai jenis minyak. EcoClump berbentuk serbuk atau butiran halus yang menggumpalkan minyak dalam beberapa minit. Produk ini membantu menjaga kebersihan dapur, melindungi sistem perparitan dan menyokong pengurusan sisa yang lebih lestari.