JS1970: Kaedah Penuaian Air Hujan (Rain Water Harvesting System)

Thamilpria A/P Mahendramani SJK(T) Methodist Kapar

Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan menguji sistem penuaian air hujan yang mudah, murah dan mesra alam. Model rumah dibina menggunakan bahan seperti kotak kadbod, tiub plastik, botol dan bekas simpanan. Air hujan disimulasikan dengan menuangkan air pada bumbung condong supaya air dapat mengalir melalui tiub ke dalam bekas simpanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa bumbung condong membantu mengalirkan dan mengumpulkan air dengan lebih berkesan. Sistem ini dapat mengurangkan pembaziran air bersih serta menggalakkan penggunaan semula air hujan untuk kegunaan harian seperti menyiram tanaman. Projek ini juga meningkatkan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.