PR1803: PUSAT SEHENTI SENI-TATABAHASA

MELVINA CHUNG HUI CHING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

VIC25 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 12 times | LS: 12.0
Like it? | Support them now!

Pelajar PISMP major Pendidikan Bahasa Melayu yang menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada semester 2 tahun 2 akan mengambil kursus BMMB3243 Pengajaran Seni Bahasa dan Tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan kursus ini agak sukar diperoleh oleh pelajar. Justeru, pensyarah kursus telah mengambil inisiatif dengan membuat satu inovasi menggunakan platform digital bergelar PUSAT SEHENTI SENI-TATABAHASA, iaitu semua bahan yang berkaitan dengan kursus dikumpulkan di satu tempat bagi memudahkan pelajar mengaksesnya. Pelajar boleh mendapatkan idea dan menyiapkan tugasan tutorial dan merancang aktiviti pengajaran mikro dan makro dengan melihat contoh-contoh RPH, DSKP, buku teks, buku panduan guru, dan sebagainya melalui platform digital. Pelajar juga boleh mengulang kaji dengan merujuk bahan-bahan dalam PUSAT SEHENTI SENI-TATABAHASA untuk menghadapi peperiksaan akhir semester.