YS1835: FLASH FILE

MUHAMMAD NASRULLAH BIN AZIZI SMK TAMAN RIA JAYA

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 35 times | LS: 35.0
Like it? | Support them now!

Projek ini dinamakan FLASH FILE  yang dapat membantu individu yang ingin membaca buku ketika gelap atau di pengangkutan awam. Murid sekolah yang hadir awal di kawasan sekolah yang gelap boleh membuat ulangkaji di mana sahaja sebelum suasana cerah pada awal pagi. Kami mencipta produk ini untuk menyelesaikan masalah kesukaran membaca buku ketika persekitaran gelap , sukar di bawa ke mana-mana dan memerlukan beg yang besar untuk meletakkan kertas dan buku. Fail ini di reka dengan kemudahan lampu LED  yang boleh diubah dan boleh digantung di leher bagi menggelak masalah kelenguhan tangan. Lampu LED ini ringan dan menggunakan USB kabel untuk mengecas. Penggunaan Lampu LED ini boleh bertahan hingga 6 jam.  Seterusnya , di dalam fail  ini terdapat ruang khas untuk menyimpan kertas kertas seperti nota untuk mengulangkaji.