YS720: ROBLOX CPR

AFIF HARIZ BIN FAIZUL HISYAM SMK GOMBAK SETIA

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Penggunaan teknologi permainan digital semakin mendapat perhatian sebagai pendekatan inovatif dalam pendidikan sains. Kajian ini bertujuan membangunkan permainan interaktif berasaskan platform Roblox yang memfokuskan kepada kemahiran bantuan kecemasan iaitu Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan Heimlich manoeuvre. Permainan ini direka dengan elemen gamifikasi seperti tahap pencapaian, ganjaran maya, dan simulasi realistik bagi meningkatkan motivasi serta penglibatan murid. Melalui pengalaman bermain, murid dapat memahami langkah-langkah asas CPR dan Heimlich dengan lebih mendalam, sekaligus menghubungkan teori sains dengan aplikasi praktikal dalam kehidupan seharian. Hasil awal menunjukkan bahawa pendekatan ini berpotensi meningkatkan minat murid terhadap topik kesihatan dalam kurikulum Sains Tingkatan 4, di samping menyumbang kepada kesedaran tentang kepentingan kemahiran pertolongan cemas.